Menyediakan Ilmu Pengetahun Umum dan Keagamaan yang disediakan beserta E-Booknya secara gratis.

Rabu, 20 Juli 2011

Lailaha illa Allah Panduan Hidup

Pengabdian diri kepada Allah adalah merupakan akar tunjang dan rukun pertama dalam akidah Islamiyah yang dijelmakan di dalam pengakuan: Tiada Tuhan Melainkan Allah (LA ILAHA ILLALLAH).
Manakala menerima pengajaran dan Rasulullah SAW mengenal cara menjalan dan melaksanakan pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang kedua daripadanya, yang dijelmakan di dalam pengakuan: Muhammad itu ialah Utusan Allah (MUHAMMADUR-RASULULLAH).
Hati Muslim yang beriman dan menyerahkan dirinya kepada Allah itu adalah hati yang menjelma di dalamnya kedua-dua dasar yang disebutkan di atas tadi. Semua perkara selain daripada kedua-duanya baik yang berbentuk asas-asas keimanan dan rukun Islam, adalah merupakan pelengkap bagi kedua-dua tadi; kerana keimanan kepada malaikat-malaikat Allah, kitab-kitabNya, Rasul-rasul-Nya, hari kiamat, qada dan qadar, juga sembahyang, zakat, puasa dan haji, hukum halal dan haram, kemudian hukum hudud dan ta’zir, serta peraturan-peraturan mengenai muamalah, perundangan dan arahan-arahan keislaman semuanya itu adalah tegak di atas dasar pengabdian diri kepada Allah. Begitu juga sumber-sumber itu semuanya adalah ajaran~ajaran yang telah disampaikan kepada kita oleh Rasulullah SAW daripada Tuhannya.
Dan masyarakat Islam itu ialah masyarakat yang menghayati sepenuhnya kaedah-kaedah Islam dan hal-hal yang berkaitan dengannya di dalam kenyataan hidupnya; sebab masyarakat tanpa pelaksanaan dan penjelmaan kaedah-kaedah ini tidak boleh dipandang sebagai MASYARAKAT ISLAM.
Selanjutnya pengakuan bahwa tiada Tuhan melainkan Allah (LA ILAAHA ILLALLAH) dan Muhammad itu ialah utusan Allah (MUHAMMADU RASULULLAH) adalah kaedah bagi suatu program yang lengkap yang menjadi tapak kepada kehidupan umat Islam seluruhnya. Kehidupan secara Islam ini tidak akan dapat ditegakkan sebelum kaedah ini ditegakkan terlebih dahulu; seperti juga kehidupan secara Islam tidak akan menjadi kehidupan secara Islam dengan sebenarnya sekiranya ia ditegakkan di atas kaedah yang lain daripada kaedah ini atau pun ia ditegakkan secara tempelan di samping kaedah-kaedah yang lain atau pun di samping beberapa kaedah lain yang asing darinya.



 

Artikel Terkait



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Save Palestina

Flag

My Facebook

NEW

Paling Populer

 

Kamu Pengunjung Ke

This Blog is proudly powered by Blogger.com | Template by Njong Masohi